Tuesday, June 23, 2009

Consumer Fair Brunei Darussalam

Tuesday, June 23, 2009 0
  • Tajuk: "Consumer Fair Brunei Darussalam"
  • Kejadian: Khamis, 25 Jun - Ahad, 28 Jun 2009
  • Venue: Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
  • Apa ada: Berbagai Promo Jualan & Kuiz Berserta Hiburan

"Consumer Fair Brunei Darussalam" kembali lagi di Pusat Persidangan Antarabangsa, (ICC-International Convention Centre) bermula Khamis, 25 Jun hingga 28 Jun 2009. Kalau kan tau yang lebih menarik di Consumer Fair kali ani, datanglah beramai-ramai (pakai penutup mulut....hehehe ejen H1N1 kali ah berkeliaran masa ani) or kalau inda duduk diam di rumah saja.

Dijangkakan sebanyak 300 "booth" akan memenuhi "Plenary Hall & Multi-Purpose Hall" ICC. Penyertaan daripada 13 buah negara adalah antara yang telahpun mendaftar bagi memeriahkan lagi sambutan itu nanti.

Dari rekod sebelum ini, Consumer Fair menarik lebih dari 45 ribu pengunjung sepanjang expo diadakan (3-4 hari). Diharap pihak Kementerian Kesihatan tidak akan memandang rendah mengenai antara destinasi utama penduduk Brunei untuk minggu ani :)
 
◄Copyright 2008-2009 - Boy's' Wing - Intake 17 Bercerita - is linked to SportsBruneiby us X-Boys | Direka cipta khusus buat Pengambilan Askar Muda Ke 17 (1995-1997) | Segala cerita, gambar, rakaman, hiasan adalah menjadi hak milik kami. Hakcipta InsyAllah Terpelihara | Sekiranya ingin menyumbang artikel, berkongsi maklumat, cadangan atau teguran sila emel ke intake17@gmail.com.►